Categories

Pages

Friday, February 05, 2016

MyEG BPL Fantasy (in Malay!) – Terluka Lukaku dan Minggu 25

Perlawanan datang bertubi-tubi, saya akan melihat sepintas lalu Minggu 24 dan memantau Minggu 25

Ringkasan perlawanan tengah minggu


Ronaldo rupanya menjadi pilihan terbaik kapten dengan jaringan hat-trick. Aguero tidak memenuhi harapan. Walaupun dia mendapat satu gol, sememangnya pengurus pasukan fantasi yang memilihnya menjangkakan yang  Manchester City akan membelasah Sunderland.  Sebaliknya, kemenangan City hanya 1-0 dan kad kuning Aguero menambahkan sakit hati para pengurus.


Vardy, Kane, Barkley dan Higuain (yang bermain 2 perlawanan) semuanya menjaringkan 2 gol untuk Gameweek 24. Tahniah jika anda ada satu atau lebih di antara mereka  (Saya, satu pun tidak). Kalau diikutkan, Leicester semakin menyerlah dan serius untuk merebut kejuaraan liga dan saya rasa ada baiknya anda mempunyai sekurang-kurangnya Vardy atau Mahrez dalam pasukan anda setiap minggu. Lukaku, pilihan paling popular yang disenaraikan dalam ruang Who’s Hot di laman web Stadium Astro,  paling mengecewakan apabila dia masih, dan terpaksa ditukar untuk babak kedua perlawanan disebabkan kecederaan.

10 dari 20 pasukan yang bermain berjaya tidak bolos gol, maka markah untuk defender memang dapat diperolehi.  Arsenal gagal menjaringkan gol menentang Southampton yang berakhir 0-0, dengan Forster menghalang segala cubaan penyerang Arsenal. Watford v Chelsea juga berakhir 0-0.
Nota: Everton akhirnya mencatatkan kemenangan pertama sejak Boxing Day, 3-0 ke atas Newcastle, dan mencapainya tanpa Lukaku, yang tercedera.

Preview Week 25


Tanpa melengahkan masa, kita ke hujung minggu, sekali lagi melihat mengikut waktu perlawanan setiap kumpulan bermula.

Manchester City v Leicester

Siapa sangka pada bulan Februari pertemuan ini adalah diantara pasukan teratas? Susah untuk menjangka apa akan berlaku. Adakah kedua-dua akan bermain dengan waspada, atau akan menyerang bertubi-tubi tanpa penat? Bagi saya ia mungkin menjadi goalfest, dan mendorong saya untuk menyimpan Aguero, Silva dan Mahrez dalam pasukan saya.

Aston Villa v Norwich
Liverpool v Sunderland
Newcastle v West Brom
Spurs v Watford
Stoke v Everton
Swansea v Crystal Palace

Satu fakta menarik ialah Liverpool akan berhadapan Aston Villa minggu hadapan, memberikan potensi baik untuk dua perlawanan berturut-turut untuk mendapatkan mata fantasi, dengan Firmino selaku pilihan utama. Namun anda perlu waspada: Sunderland memperlihatkan persembahan yang kuat menentang Manchester City pada Selasa malam, persembahan yang ingin diulangi menentang Liverpool.

Kane pasti mahu meneruskan prestasi baiknya menentang Watford di rumah (pantau sama ada Alli telah beransur pulih). Newcastle akhirnya menjadi tuan rumah sekali lagi, jadi Wijnaldum harus dipertimbangkan semula. Aset Swansea mula kelihatan menarik semula, dan striker baru mereka dari Serie A, Paloschi, mungkin akan membantu masalah mereka untuk menjaringkan gol secara konsisten. (dia telah pun dimasukkan dalam sistem). Stoke v Everton mungkin menjadi pesta gol, dengan kedua-dua pasukan kekurangan defender yang penting. Everton kemungkinan besar kehilangan Lukaku, tapi ini mungkin baik bagi Everton.

Southampton v West Ham

Pemilik Payet pasti sakit hati kerana walaupun dia bermain dengan baik sejak pulih dari kecederaan, dalam empat perlawanan lepas dia gagal memberi mata yang menyerlah. Southampton adalah musuh yang agak payah pula dengan prestasi baik mereka kebelakangan ini. Charlie Austin mungkin pilihan yang kuat, tapi statusnya harus dilihat terlebih dahulu sebelum memilihnya.

Bournemouth v Arsenal

Walaupun permainan Bournemouth telah meningkat kebelakangan ini, saya yakin Arsenal tetap boleh memenangi perlawanan ini dengan mudah. Memang saya khuatir dengan Arsenal menentang Southampton sebelum ini, tetapi saya yakin untuk perlawanan Ahad ini. Saya kemungkinan besar akan memasukkan Sanchez. Saya sebenarnya sudah hilang sabar dengan Ozil, ia mungkin perlawanan terakhirnya untuk saya. Giroud juga mampu menyumbang untuk pasukan anda.

Chelsea v Man Utd

Perlawanan yang susah diagak. Manchester United baru mencatat kemenangan yang cemerlang menentang Stoke (Martial dan Rooney kedua-dua mendapat gol) jadi mereka pasti ingin meneruskan prestasi ini menentang Chelsea. Chelsea pula tidak pernah kalah sejak Hiddink mengambil alih. Juga harus dikira yang Manchester United bakal menentang Sunderland dalam Minggu 26.

Pemain Europe dan calon Kapten anda


Ya, malam ini, anda akan memperolehi Euro Code baru. Lewandowki pasti mahu dipertimbangkan, tetapi Higuain tengah gah sekarang ini dan juga menghadapi pasukan tangga tiga tercorot, manakala Barcelona dan Real Madrid juga bakal menentang dua pasukan paling corot dalam La Liga, iaitu Levante dan Granada. Pemilihan kapten anda pasti di antara Higuain, Ronaldo atau Messi. Pilih dengan bijak!


Pasukan saya setakat ini:


Walaupun tidak memiliki mana-mana pemain yang menjaringkan gol, saya bernasib baik kerana hanya jatuh satu tangga ke 84, kehidupan dalam 100 Teratas memang mencabar! Sekarang, saya menyasarkan 50 Teratas pada akhir February, tetapi memandangkan hanya ada tiga minggu tinggal, ia sebenarnya agak sukar.

Saya mempunyai dua transfer. Kemungkinan besar saya akan memasukkan Firmino dan Sanchez, tetapi saya belum pasti siapa untuk dikeluarkan. Kita lihat nanti.

Oh ya, jangan lupa, minggu ini adalah permulaan Period 7 (hingga 4 Mac), di mana hadiah tempat pertama adalah LED Smart TV! Selamat Berjaya!

No comments: