Categories

Pages

Tuesday, April 26, 2016

BPL Fantasy – Tahukah anda?

Dengan Leicester hanya memerlukan 1 lagi kemenangan untuk me, setelah Spurs dihalang West Brom pada Selasa pagi, mari kita lihat beberapa factor untuk difikirkan dalam perancangan transfer anda akan datang.

Tahukah anda…

… Wayne Rooney kini telah memulakan 3 perlawanan dalam 8 hari? Ternyata LVG clearly values him enough. Dia pasti memulakan setiap perlawanan dalam usaha bersedia untuk Euros (adakah sesiapa yang merasakan yang dia tidak akan pergi?) Namun begitu, tanggungjawabnya sebagai midfielder dengan harganya yang murah (dan disenaraikan sebagai striker) membuatkannya sukar untuk kita membelinya. Walaupun setakat ini prestasi permainannya agak baik, dari segi fantasi, ia tidak memberangsangkan..

….pada Minggu 37, Norwich, West Ham, Sunderland dan Liverpool semuanya bermain DUA perlawanan sebagai tuan rumah? Untuk perancangan transfer sewaktu Minggu 36,West Ham boleh dikatakan pasukan yang paling selamat untuk membeli pemainnya, dengan pertukaran pemain yang minima dan skuad yang kuat dalam keseluruhan. Liverpool kemungkinan pancit tatkala Minggu 37 tiba, dan dengan pertukaran pemain yang diusahakan Klopp, agak berisiko untuk membeli pemain mereka. Kecederaan  Origi seperti menaikkan harapan Sturridge untuk memulakan setiap perlawanan, kecuali kalau Klopp bermain formation false nine sekali lagi. Norwich dan Sunderland sedang bertarung hebat untuk mengelakkan penyingkiran, jadi pemain mereka mungkin membuahkan hasil, tetapi Sunderland lebih stabil dari segi pemain dan prestasi ketika ini.

… untuk Minggu 37, West Ham akan bermain di Boleyn Stadium untuk kali terakhir? Pastinya mereka ingin memberikan memori terakhir yang terbaik, dan di bawah Bilic, potensi untuk meletup sentiasa ada. tatkala mereka juga sedang mengejar tempat Europe. Amaran: perlawanan kedua mereka untuk Minggu 37 adalah melawan Manchester United, yang biasanya bermain agak defensive. Ada juga kemungkinan Manchester United tidak lagi mampu mencapai cukup mata untuk Top 4 apabila perlawanan ini tiba, dan LVG pasti ingin menjaga pemain utamanya untuk menghadapi perlawanan akhir Piala FA.

… Sunderland hanya bolos 2 gol dalam 4 perlawanan untuk April? Rekod ini sama dengan, Leicester, Manchester City dan Spurs. Sukar untuk saya memilih defender Sunderland, tetapi faktor ini wajib diambil kira apabila memilih pemain menentang mereka (pemain pilihan popular Ozil dan Sanchez gagal minggu lepas contohnya). Pertahanan mereka memang bertambah kuat (berkat sentuhan Big Sam), dan jurang gol mereka kurang berbanding pasukan lain yang menghadapi penyingkiran.

…Roberto Martinez pengurus yang amat mengecewakan? Maaf, yang ini tidaklah mengejutkan. Tiada gunanya membuang Martinez sekarang setelah ditendang keluar dari Piala FA, tetapi saya masih tertanya-tanya bagaimana pasukan dengan pemain-pemain berkaliber seperti Lukaku, Barkley, Baines, Coleman, Jagielka, Deulofeu Besic dan juga Mirallas boleh begitu merosot prestasinya. Perlawanan terakhir yang dimenangi Everton adalah pada 2 March, itupun menentang Aston Villa. Semangat mereka pastinya rendah, dan walaupun Minggu 37 mereka mempunyai dua perlawanan, susah untuk mengharapkan sebarang pulangan.

… that Bayern Munich need just one more match to win the Bundesliga? Sekiranya anda belum lagi mempunyai Lewandowski, mengambilnya sekarang mungkin bukan keputusan yang bijak sekiranya anda ingin memaksimumkan masa bermain untuk pemain Euro anda. Pep Guardiola mungkin akan menjaga Lewandowski untuk memastikan dia akan sedia untuk perlawnanan Juara Liga-Liga menentang Atletico Madrid dan juga perlawanan akhir DFB Cup menentang Dortmund.  Higuain pula ada 4 lagi perlawnan dengan Napoli, manakala Barcelona dan Real Madrid cuma tinggal tiga perlawanan (tetapi mereka dalam pertarungan sengit dengan Atletico Madrid untuk Juara Liga Sepanyol, dan ini akan memastikan Messi, Ronaldo dan Neymar bermain tiga-tiga perlawanan yang tinggal).

Cukup setakat ini. Harap anda terjumpa manfaat untuk perancangan transfer anda semakin hampir kita ke penghujung musim..Sekarang kita perlu tunggu dan lihat sekiranya ada pemain yang tercedera dari pertandingan di Europe (Manchester City, Bayern Munich, Real Madrid dan Liverpool).


Sekian dulu dari saya!

No comments: