Dengan Leicester
hanya satu kemenangan dari Kejuaraan Liga, bagaimana pula perlawanan di Stadium
Astro? Dengan hanya 3 minggu tinggal, mari kita lihat siapa yang masih mampu
merebut kejuaraan keseluruhan:
Top 4 mempunyai
jurang hanya LIMA markah di antara mereka (Destroyer FC, di tempat kelima terkebelakang sebanyak 15 mata). Jelas empat
pasukan ini akan hebat bertarung sehingga hujung musim. The Supremos masih di
depan tetapi True Champs telah jatuh dari tempat ke-2 ke tempat ke-4. Kalau
kita jenguk sejarah transfer Supremos dan True Champs, salah satu sebab
kekurangan mata mereka adalah kerana tidak mempunyai Sanchez ketika dia
menjaringkan dua gol menentang West Brom, manakala Alia FC dan Maluri XI mempunyainya.
Untuk
pengetahuan, Alia FC (salah satu tetamu
saya untuk artikel Q&A minggu lepas), ketika ini di tempat ke 5 dalam Team
Terbaik untuk Period Terakhir musim ini, yang menunjukkan betapa tinggi
prestasinya kebelakangan ini.
Mari kita jenguk
Team No 1, The Supremos:
Pasukan yang agak
kuat, dengan penjana mata kuat di setiap posisi, kecuali mungkin Scott Dann,
yang agak tidak memberangsangkan akhir-akhir ini. Berikut adalah senarai
pemain-pemain untuk pasukan lain yang berada di Top 4:
Alia FC: Buffon, Fuchs, Adrian, Alderweireld, Bellerin, Alli, Payet, Sanchez,
Townsend, Kane, Sturridge, Messi, Ronaldo, Cresswell, Mahrez, Wenger
Maluri XI: Hennessey, Bellerin, Fuchs, Pique, Kouyate,
Sanchez, Milner, Firmino, Ozil, Messi, Lewandowski, Buffon, Moreno, Alli,
Ronaldo, Bilic
True Champs: Adrian, Dann, Cresswell, Bellerin, Mahrez, Payet,
Ozil, Sanchez, Messi, Ronaldo, Aguero, Hennessey, Fuchs, Alli, Kane, Pellegrini
Kalau kita
menganalisa setiap pasukan di Top 4 sekarang, berikut adalah beberapa hasil
kajian ini:
1. Mereka
semua mempunyai 5 pemain sama: Bellerin, Messi, Ronaldo, Fuchs, Alli. Selain Alli (yang digantung sehingga akhir
musim), selainnya mungkin disimpan hingga akhir kerana potensi mata mereka agak
kuat. Tetapi, adakah ada yang berani menjual Ronaldo (yang tidak akan beraksi
minggu ini akibat kecederaan)?
2. Hanya
The Supremos memiliki Neymar, dan hanya Maluri XI memiliki Lewandowski.
Perbezaan ini mampu membantu, tetapi saya tidak dapat melihat samaada ada yang
masih menyimpan Euro Code mereka untuk April. Jika ya, mereka masih boleh
memasukkan mereka.
3. Hanya
Alia FC yang tidak memiliki Ozil, dan sebenarnya dia sudah lama tidak mempunyai
Ozil. Ini mungkin keputusan yang agak bijak, memandangkan Ozil hanya
mencatatkan 1 gol dan 0 assist untuk Mac dan April.
4, Hanya
The Supremos yang tidak memiliki Sanchez, penjana mata terbaik untuk Arsenal
ketika ini. Adakah dia berani tidak memilikinya untuk perlawanan menentang
Norwich? Duit mungkin menjadi isu di sini.
5. Semua
kecuali True Champs telah menggugurkan Aguero, tetapi kemungkinan ini adalah
kerana perlawanan Manchester City agak lewat, membolehkan kita memasukkan
Aguero kemudian.
6. Dengan kehilangan Alli, yang penting dalam
serangan Spurs, hasil Kane kemungkinan besar akan jatuh, dan ini akan memberi
kesan negatif kepada The Supremos and Alia FC. Memandangkan perlawanan Spurs adalah
perlawanan terakhir untuk Minggu 36
(perlawanan mencabar menentang Chelsea di Stamford Bridge), mereka mungkin
terpaksa menyimpannya untuk Minggu 37 juga atau membazirkan satu transfer untuk
menukarkannya. Penukaran Alli sudah membazirkan satu slot, jadi menggunakan
lagi satu untuk Kane pasti sukar.
7. Memandangkan
ada 8 pasukan liga yang masih mempunyai lebihan permainan iaitu pada 11 dan 12
May 2016 (sebelum hari terakhir), berikut adalah jumlah pemain bagi setiap
pasukan fantasi Top 4 yang mempunyai lebihan permainan: The Supremos (3), Alia FC (5), Maluri XI (5)
dan True Champs (3). Saya menjangkakan nombor-nombor ini akan bertambah pada
minggu ini.
Harus disebut
bahawa Destroyer FC, kini di tangga ke-5
seperti dipamerkan di atas, secara realistic hanya dia di luar Top 4 yang mampu
mengejar yang lain, dan dia pun mempunyai jurang 15 markah. Pasukan seterusnya
ialah RU11, dengan jurang 18 markah daripada Destroyer FC.
Cukuplah setakat
ini, lihat artikel saya sebelum ini untuk perkara yang harus difikirkan untuk
pemilihan pemain anda.
Secara ringkas,
untuk minggu ini, pemain yang anda harus ambil kira adalah mereka yang masih
cuba memenangi liga masing-masing, mereka yang melawan penyingkiran, mereka
yang mengejar pertandingan Europah, mereka yang mengejar Golden Boot dan juga
mereka yang mengejar tempat untuk skuad Euro 2016.
Semoga berjaya
semua!
No comments:
Post a Comment