Categories

Pages

Friday, April 22, 2016

BPL Fantasy - Sesi Soal-Jawab bersama Pakar-Pakar Fantasi Football

Untuk artikel kali ini, saya bertuah kerana dapat menghubungi empat personality bola sepak fantasi Malaysia untuk memberi pendapat dan pandangan tentang bola sepak fantasi dan bola sepak umumnya ketika kita semakin ke penghujung musim ini. Terima kasih kepada semua kerana sudi mengambil sedikit masa menjawab soalan-soalan saya. Sebelum kita bermula, izinkan saya memperkenalkan tetamu saya.
Pertama sekali ialah Omar Azman, yang menguruskan pasukan Redeem Team yang ketika ini menduduki tempat pertama di Astro Premier League. Beliau pernah dijemput ke rancangan Bual Bola di Astro Awani 501 untuk memberi tips dan strategi.
Seterusnya, ialah Isfandi Adi, admin utama untuk Official SK League – Piala Thomas. Seperti Piala Thomas badminton, setiap pasukan diwakilii tiga singles dan dua doubles (7 pasukan fantasi) untuk bertarung menentang pasukan lain sepanjang musim.  Mengikut pandangan ramai, Isfandi Adi merupakan seorang MVP dari segi pentadbiran pertandingan tempatan.
Dengan bantuannya, kita juga bertuah kerana dapat menghubungi wanita Malaysia yang menduduki tangga tertinggi di kedua-dua permainan Stadium Astro (tangga ke-4) dan permainan rasmi Premier League (1527), Alia Hanna.* Alia adalah bukti yang wanita mampu bersaing dengan mantap dalam arena fantasi football!
Tetamu kita yang terakhir ialah Paddy Pynes, pengurus pasukan Pynes United. Ketika ini, dalam permainan rasmi Premier League,  beliau berada di tangga ke 3 di Group Malaysia.* Paddy berasal dari England dan telah tinggal di Perak sejak beberapa tahun lalu. Dia peminat Manchester United seumur hidup dan telah banyak kali menyaksikan perlawanan mereka di stadium. Dia telah terlibat dalam fantasi football selama hamper 20 tahun!
Semua dah kenal? Ayuh kita ke soalan-soalannya!


Q1: Untuk Premier League, siapakah pilihan terbaik anda untuk Minggu 35, dan mengapa?
Omar: Harry Kane, penjaring gol tertinggi ketika ini adalah pilihan yang selamat untuk pulangan mata tinggi. Spurs yang mengejar kejuaraan akan menjadi tuan rumah buat West Brom dan akan memasang ‘all-out attack mentality’ untuk memberi tekanan kepada pendahulu liga iaitu Leicester City. Dengan hanya dua pasukan yang secara realistik masih dapat mengejar kejuaraan, Spurs pasti mempunyai kelebihan untuk memenangi perlawanan ini memandangkan West Brom telahpun mencapai objectif utamanya iaitu memastikan mereka masih bermain di Premie League musim hadapan. Saya pasti Kane akan menjadi pilihan kapten kegemaran ramai pengurus pasukan fantasi.
Isfandi: Harry Kane kerana Spurs dalam misi merampas kedudukan pertama liga dan Kane dilihat dalam form yang terbaik buat masa sekarang. Beliau juga sedang mengejar penjaring terbanyak BPL dan bersaing hebat dengan Aguero. Pastinya motivasi Kane lebih tinggi kerana mengejar Kasut Emas dan Juara Liga.
Alia: Semestinya pemain-pemain Spurs. Bergantung kpd posisi yg diperlukan. Spurs tengah mengejar juara liga dan tengah top from. Sementara lawan WBA dah selamat dan mungkin bermain santai. Striker: Kane, Mid: Alli , Def: Alder. Calon Kapten: Kane

Paddy:  Pilihan terbaik untuk Minggu 35 adalah diantara Aguero di gelanggang sendiri menentang pertahanan Stoke yang kelihatan bocor atau Kane di White Hart Lane menentang West Brom yang masih tidak stabil. Saya rasa keduanya akan menjaringkan gol, jika saya perlu memilih seorang, saya pilih  Aguero.

Q2: Siapakah pemain popular yang akan gagal untuk Minggu 35, dan mengapa?
Omar: Semua pemain utama Liverpool (Coutinho, Firmino, Sturridge, Clyne, Milner, dll)  kerana e Jurgen Klopp akan memandang satu mata ke perlawanan Liga Europa separuh akhir menentang Villlareal. Kita pernah diberi amaran tentang polisi penukaran pemain dari Klopp apabile dia merehatkan hampir keseluruhan pasukan utama Liverpool menentang Stoke City, kita boleh menjangkakan yang ia akan berlaku sekali lagi untuk Minggu 35.
Isfandi: Alexis Sanchez mungkin menjadi pemain yang gagal menyerlah pada Minggu 35 kerana faktor keletihan. Beza antara 2 perlawanan hanya 2 hari, beliau tidak sempat untuk mendapat rehat yang secukupnya.
Alia: Pemain-pemain Liverpool mungkin direhatkan untuk menjaga kecergasan pemain sebab Liverpool ada perlawanan Europa. Coach Klopp sudah membuktikan dia berani merombak hampir kesemua kesebelasan utama, termasuk goalkeeper Simon Mignolet seperti yang berlaku dalam Minggu 34. Contoh pemain utama yang mungkin direhatkan : Sturridge, Coutinho, Firmino.
Paddy:  Soalan yang agak mencabar kerana kesemuanya mempunyai jadual yang baik, tetapi sebagai peminat Man United saya akan mengatakan Firmino menentang Newcastle. as I think they all have good fixtures, so being a United fan I shall say Firmino against a resurgent Newcastle.

Q3: Apakah pasukan yang anda menyokong, dan apakah harapan anda untuk mereka?
Omar: Saya peminat Manchester United dan harapan realistic saya adalah untuk mendapat tempat dalam Top  4 dalam kedudukan liga dan layak ke Juara Liga-Liga. Peminat-peminat juga menginginkan piala dan Piala FA merupakan harapan terbaik kita.
Isfandi: Chelsea. Saya berharap dengan baki 4 perlawanan ini dan tiada lagi yang hendak dikejar, Chelsea menggunakan khidmat pemain-pemain muda yang sebelum ini tidak mendapat peluang yang secukupnya seperti Clarke-Salter, Ola Aina dan Alex Kiwomya. Pendedahan dalam kesebelasan utama mampu meningkatkan prestasi permainan untuk season hadapan.
Alia: Man Utd. Mencapai Top 4.
Paddy:  Man United! Untuk musim ini, saya rasa tempat keempat mungkin tidak kesampaian melainkan Arsenal atau Man City hancur besar-besaran. Secara realistik, FA Cup merupakan harapan utama untuk menjulang piala, saya merasakan musim depan akan ada banyak perubahan, termasuk pengurus (harapan sayalah...)

Q4: Namakan Top 4 anda untuk Premier League, dari pertama hingga ke-empat.
Omar: Leicester, Tottenham Hotspur, Manchester City, Manchester United
Isfandi: Spurs, Leicester, Arsenal, Man City
Alia: Tottenham , Leicester, Arsenal, Man Utd
Paddy: Spurs 80 mata, Leicester 77, Man City 71, Arsenal 71, Man United 71. Ya, memang, tempat ketiga, keempat dan kelima akan ditentukan berdasarkan beza gol, membuatkan Minggu 38 lebih menarik!

Q5: Pasukan manakah bakal menjulang Piala Juara-Juara (Bayern Munich, Manchester City, Real Madrid, Atletico Madrid) dan mengapa?
Omar: Bayern Munich, kalau dilihat barisan pemainnya, semuanya kelihatan sempurna untuk setiap posisi dari penjaga gol hinggalah ke striker. Pengalaman Pep Guardiola dalam pertandingan ini  memberikannya kelebihan. Akhirnya, Pep pasti ingin menghabiskan musim terakhirnya di Allianze Arena dengan menjuarai  Piala Juara-Juara.
Isfandi: Real Madrid bakal menjulang Piala Juara-Juara pada musim ini. Berdasarkan form pemain Real Madrid sekarang, tidak mustahil mereka menjuari UCL pada musim ini dengan mudah. Pemain-pemain Real Madrid mempunyai winning-mentality yang tinggi apabila mereka menang 9 dari 10 perlawanan terkini. Taktik Zidane mampu menghasilkan pasukan Real Madrid kekal terbaik pada musim ini.
Alia: Atletico Madrid, kerana tiga sebab: 1. Kestabilan pasukan , keharmonian pemain: Tiada isu2 pemain tak puas hati, tiada isu Coach yangg akan pindah. 2. Taktik dari Coach Simeone: Dari rekod2 sebelum ini, Atletico Madrid selalu dapat result baik bila lawan team yang kekuatannya menyerang. Antara 4 pasukan yg tinggal, hanya Atletico Madrid yangg kekuatannya adalah pada struktur pertahanan, sementara pasukan-pasukan lain, lebih kepada menyerang. 3. Pasukan yang mampu menewaskan Barcelona yangg dibarisi 3 striker ternama, iaitu Messi, Neymar dan Suarez, pasti sangat berpotensi menjadi juara. Pilihan utama saya sebelum ini ialah Barcelona. Malangnya, mereka tidak layak.
Paddy: Keputusan akhir adalah Bayern Munich 2 - Real Madrid 1. Dan CR7 menangis di tengah padang!
Habis! Saya tertarik melihat di antara 4 tetamu kita, hanya Omar sahaja yang merasakan yang Leicester akan memenangi Juara Liga. Terdapat banyak perbezaan juga dari segi pemenang Juara-Juara Liga. Akhirnya, kebanyakan daripada mereka merasakan pemain Liverpool akan menjadi badi untuk perlawanan hujung minggu ini.... Terima kasih sekali lagi kepada tetamu saya…. Selamat semua untuk Minggu 35!


*Ranking diambil pada waktu tulisan, sebelum perlawanan Arsenal v West Brom

1 comment:

Ball Manager Malaysia said...

Harap ada lagi banyak artikel seperti ini, ramai fantasi manager dari Malaysia yang bagus2.